











jika
kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu
mengambil ikan itu..
jangan
sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih
hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan
begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada
takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu
teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu
cuba membaikinya mungkin ia masih dapat
dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki
seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu
terlalu mengaguminya..
dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan
kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa
kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu
akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada
dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa
kamu berlengah,cuba
membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan
kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu
juga akan menyesal..
"Bersyukur dan Redha dengan apa yang
dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."








![]()